Pukul 9, gua tendang engkol motor honda ombak gua. Gua tendang dengan lemah tetapi masih kuat dan motor masih boleh hidup. Gua preh preh sikit trotle, nak kasi enjin moto panas. Tujuan gua hanya satu, iaitu memenuhi keperluan dan kehendeak perut gua. Ya, Perut gua sebenarnya dah lama mengidam nak makan Steamboat.
Seingat gua, kali terakhir gua makan steamboat ni adalah pada tahun 1975, ketika itu gua baru berusia 10 tahun dan masih belum mumaiyiz. Jadi, hal-hal yang berkaitan dengan steamboat ni gua dah lama tak sentuh. Kecuali semalam, gua cuba dapatkannya di pasar malam sekitar Sg Isap.
"Bang, semua sekali RM6" Penjaja wanita yang mirip Natasha Hudson itu menghulurkan plastik berisi steamboat yang gua pilih.
" Keep the change please?" Tanpa banyak soal, gua hulurkan sekeping not berwana merah. dan terus berlalu pergi.
"Nua, you are my man..' Gua dengar suara penjaja mirip Natasha Hudson itu sayup sayup kedengaran dari belakang. Macam mana dia tahu nama gua pun gua tak pasti. Gua terharu.
Ketika gua berlalu pergi, gerimis sudah mula turun. Gua yang pada awalnya berkira kira untuk bersiar siar di pasar malam tersebut terpaksa membatalkan hasrat. Gua cepat cepat menuju ke motor gua yang diparkir secara jahat. Ketika gua duduk di atas motor, seketul pesanan ringkas masuk ke dalam telefon blackberry pemberian tokei kedai henset di Tanjung Malim.
"Nua, jom lepak. ak nak pegi amik Aliff ni" Rooney mempelawa gua melepak. Memandangkan gerimis semakin mencurah, gua mengambil keputusan untuk tidak membalas mesej tersebut dahulu. Tunggulah sampai dirumah.
Dalam perjalanan pulang, gua terpaksa melalui sebuah bustand yang terletak di bawah sepohon pokok yang rendang. Ia terletak di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Isap. Keadaannya pada waktu malam memang agak 'horror' juga. Dah banyak cerita yang gua dengar, ada yang jumpa hantu Mak Limah la, hantu isap shisha la, hantu paintball, dan tidak ketinggalan juga ada yang main hantu-hantu.
Gua bawa motor perlahan lahan. Dari jauh, gua lihat seperti ada objek yang tengah terpacak di hadapan bustand tersebut. Setelah puas gua amati, maka ternyatalah ada objek berbentuk sehelai manusia yang tengah melambai lambai ke arah gua. Ketika itu gua hanya seorang diri. Dalam gerimis yang masih perlahan, gua memberanikan diri memberhentikan motor gua di bustand tersebut.
"Ya Allah!" Gua menerkup mulut gua tatkala melihat lembaga yang berdiri di bustand tersebut sebenarnya bukanlah sehelai manusia. Macam manusia juga, tapi terlalu hodoh untuk diungkapkan dengan bait bait ayat. Orang kabor macam gampang. Lembaga tersebut tidak mempunyai wajah, rambutnya panjang sehingga mencecah bumi, kukunya panjang macam orang tak pernah pergi semayang Jumaat, bajunya compang camping dan tangannya buruk dihinggapi kudis kudis buta. Gua dah agak, ni mesti kerja syaitan ni.
"Lu ada masa tak brader?" Tanya lembaga tersebut sambil menyelak rambutnya yang panjang.
"Ada, kenapa?"
"Gua bukan apa brader, lu nak nombor ekor? gua boleh kasi lu kaya brader. Lu tak percaya?" Lembaga tersebut membuat sanggul di atas kepala.
Lembaga tersebut meneruskan kata katanya,
" Kalau lu tak percaya, esok lu tengok suratkabar..1st jackpot keluar nombor ni..5434. Masa tu baru lu tau gua ni bukan hantu sebarangan, gua memang betul betul berhantu!"
"Tapi bro? gua tak main benda.." Belum sempat gua menghabiskan ayat ayat gua, hantu tersebut terus menyampuk.
"Aaa..no no no? Jangan cakap macam tu please? Gua tamaw dengar alasan ya? ok gua chow!" Lalu lembaga tersebut terbang menuju ke arah Manchester, tempat tempat penyokong syaitan berkumpul.
Badan gua terketar ketar, gua pulas trotle motor gua sehingga penghabisan. Gua tak sempat pun makan steamboat yang gua beli dari penjaja mirip Natasha Hudson tu. Pada masa tu, gua terpaksa hantar mesej untuk membatalkan hasrat gua melepak di Kusi Meroh. Gua terus tidur.
Hari ini...
Gua belek belek surat khabar bahagian keputusan nombor ekor, gua tengok..
1st prize - 9998. Celaka punya lembaga.
Dan ya, dah memang jadi tugas syaitan untuk menyesatkan manusia. Tetapi disebabkan kesempitan hidup dan hilang punca akal fikiran, gua juga masih hairan mengapa masih ada yang taksub dengan nombor ekoq sampai sanggup memuja setan. Celaka punya setan. Tak pasal pasal gua kena cancel melepak semalam.
Sila baca : pukul 9 punya hal ( versi original )