Gua masih baru dalam bidang perguruan. Pengalaman mengajar tak lama mana. Tak sampai setahun pun. Sekarang ni gua masih menunggu penempatan mengajar dari kementerian.
Gua tengok anak anak muda sekarang dah banyak yang berperangai tak senonoh. Contohnya Zulfahmi. Di sekolah, masalah delinkuen sudah menjadi rutin. Budak sekolah buang bayi bawah katil asrama boleh dikira sebagai perkara biasa. Atas dasar untuk mengubah tahap pemikiran kelas ketiga tersebut, gua telah memberanikan diri untuk menjadi seorang guru. 1Malaysia menjana transformasi orang kabor.

Gua mengajar subjek subjek yang bercirikan perniagaan. Kalau lu nak tau pasal bil inden, resit, fungsi fungsi Tunas Manja, peranan kelab malam dan surau, lu boleh tanya gua. Kerap kali juga gua berpesan kepada anak anak murid gua supaya pagi pagi cium tangan mak bapak sebelum pergi sekolah, rambut jangan kuning, telinga mesti korek, jangan lupa buat lesen motor dan macam macam lagi pesanan yang gua rasakan perlu untuk mengubah minda mereka.
Tengah tengah gua tulis artikel ni, tiba tiba satu mesej masuk ke dalam telefon bimbit gua,
“Esok start menoreh, datang pagi pagi. Lu jangan tak tido! Nanti gua hempuk!”
Garang sungguh bunyinya, mesej mesej begini lazimnya datang dari Rahim yang juga merangkap bos gua.
Ok, gua tido dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Sila..