Aku bukan sebatang pen. Aku juga bukan nama sebenar. Aku seorang manusia yang dijadikan dengan cukup sifat. Aku bersyukur, Aku lahir dalam keluarga yang biasa dan sederhana saja tetapi bahagia. Aku tidak punyai kerja, aku tidak punyai banyak wang, Aku tidak punyai telefon bimbit mahal, Aku tidak punyai pakaian yang bagus bagus dan berjenama eksklusif. Tapi Aku punyai sesuatu yang disebut sebagai maruah dalam kerendahan diri. Aku juga suka berkawan dan aku memang disenangi kawan kawan. Tetapi ada juga kawanku yang sering mengambil kesempatan dan akhirnya aku...Aku dicabul! Aku dinodai! Ya Allah..
Pada satu malam, Aku bagaikan dihimpit suatu perasaan yang bisa memecahkan medula oblongata ku. Aku hilang arah, Aku buntu! Lalu aku mengambil keputusan untuk mempelawa seorang sahabatku untuk keluar makan bersama. Sahabatku ini seorang lelaki tulen, kacak seperti Salim Kamil, bekerjaya yang sangat mapan masa depannya, pakai telefon mahal dan canggih,memandu kereta sukan dan banyak lagi kelebihannya. Aku rasa keputusan ku untuk mengajaknya keluar adalah satu keputusan yang paling ideal. Aku lapar, aku bawa duit cukup cukup sahaja.
Setelah sejam menunggu, sahabatku itu pun sampai dihadapan rumah. Kami menaiki kereta sukannya menuju ke sebuah kedai makan yang biasa biasa, terletak di Bandar Kuantan.Sesampai saja kami dikedai, seorang pelayan wanita datang menghampiri kami dan bertanya soalan rutin. Nak makan apa? Sahabatku yang penuh eksklusif itu tanpa berlengah terus memesan sepinggan char kuey teow bersama segelas air oren segar. Aku pun memesan sepinggan nasi lemak dan segelas teh o sahaja, sekadar cukup untuk mengalas perut. Aku menjeling jeling telefon mahal berjenama iPhone dan Blackberry yang diletakkan di atas meja oleh sahabatku itu. Dalam hati aku bermonolog sendirian, aku kepingin juga memakai telefeon bimbit sedemikian. Ya, mungkin belum ada rezeki.
Sesudah makan dan berborak hal hal kecil, kami mengambil keputusan untuk pulang. Aku memanggil pelayan wanita tadi untuk mengira jumlah harga makanan dan minuman kami. Dan ya, kesemuanya bernilai RM 10.50. Tanpa sempat berbuat apa apa, sahabatku itu menghulurkan 2 keping not bernilai RM1 setiap satu. “Itu saja yang aku ada, kalau ada duit baki nanti, kau ambillah, anggap saja itu rezeki mu!”
Aku kaget, sesungguhnya aku pun tidak mempunyai wang yang cukup. Dengan berat hati aku pun mengeluarkan wang RM10.50 tanpa banyak soal. Itu sahaja duit yang aku ada! Aku menolak kembali not not yang bernilai RM2 itu kepada sahabatku yang berimej eksklusif itu.
Dalam perjalanan pulang aku hanya berdiam diri sahaja. Aku tahu aku sudah dicabul, kesucian ku kini dicemari dengan budaya Haji Bakhil buatan Malaysia. Aku rasa sungguh menyesal kerana tidak mahu mendengar nasihat rakan rakanku. Selama ini mereka begitu berkeras melarang aku keluar bersamanya. Kini baru aku tahu sebabnya. Aku rasa ingin menangis.
Aku mula terbayangkan wajah wajah rakan rakanku yang penah menasihatiku. Sesampai sahaja dirumah, aku terus berlari menuju kedalam bilik. Aku menghempaskan badanku di atas katil bujangku sambil menangis teresak esak. Mok sangat terkejut melihat tindakanku yang seperti baru putus cinta. Kenapa nak? Kau kenapa? Itu antara soalan yang ibuku lontarkan.
“Dia memang gampang mok! Dia memang gampang!” itu jawapanku yang paling berbudi buat seorang sahabat sejati.
sambungan kepada artikel yang ditulis oleh Ayien : klik sini la woi
2 jari atas pen aku bagi ke lu hahahaha
BalasPadam