27 Oktober, 2010

Cerita Atuk Atuk

Suatu masa pada awal era 50-an di Kampung Jerkoh iaitu sebuah kampung yang terletak di antara sempadan daerah Kuala Lipis dan Raub, terdapat seorang gadis rupawan yang bernama Malini. Malini seorang gadis yang bersopan santun, lemah lembut dan berbudi bahasa. Kebolehannya dalam bidang memasak dan bermain masak masak sangat dikagumi oleh pria pria dan pemuda Kampung Jerkoh.

Tatkala api perjuangan bangsa Melayu sedang meluap meluap menuntut kemerdekaan, Malini masih dibuai dengan pujuk rayu pemuda pemuda kampung yang begitu kepingin sekali menjadikannya sebagai teman hidup. Ada yang mahu sehidup semati. Ada yang berjanji harta duniawi. Ada yang sanggup meredah onak dan duri. Yang kaki kaki judi pula ada yang sanggup tinggalkan permainan tersebut hanya kerana mahu menyunting Malini.

Dan yang pasti ramai juga pemuda pemuda kampung tersebut yang akhirnya terpaksa mengalah setelah permintaan murni mereka ditolak oleh Malini. Mereka mengalah bukan sebab apa, tetapi sebabnya Malini pandai berbahasa Inggeris. Ketika itu, amat sukar sekali untuk menemui wanita Melayu yang pandai berbahasa Inggeris. Maka sesiapa sahaja yang pandai berbahasa Inggeris akan diangkat martabatnya ke tahap yang tertinggi, begitulah Melayu sehingga hari ini.

“Ah, apa kau ingat aku ini dangkal? bodoh? Aku ini pemuda kampung yang berpelajaran darjah tiga di sekolah Melayu kau tahu? Setakat Bahasa Inggeris tu aku boleh saja menuturkannya.” Lamat Sanusi cuba menerangkan tahap pendidikannya kepada Anwar.

Lamat Sanusi ialah salah seorang pemuda kampung yang ingin mencuba nasib seperti pemuda pemuda lain untuk mendekati Malini. Beliau merupakan anak sulung kepada ketua Kampung Jerkoh, Dolloh Salleh.

“Kau jangan cari pasal Lamat, sudah ramai pemuda kampung kita yang tewas, sudah ramai yang berhabis wang dan masa hanya kerana mahu menyunting Malini. Kau jangan jadi bodoh. Jangan jadi seperti itik dan ayam, dia tu pandai Berbahasa Inggeris!” Anwar cuba menasihati Lamat secara berhemah tetapi tegas.

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!” Lamat Sanusi tidak berputus asa, malah dia semakin tekad. Keinginannya untuk mendekati Malini semakin menggunung.

“Jika begitu, kau sampaikan hajatmu itu kepada sahabat baik Malini, si Aisyah!” Cadang Anwar.

Lamat Sanusi mengangguk.

Setelah perbincangan dilakukan, Aisyah akhirnya bersetuju untuk menyampaikan hajat anak ketua kampung itu kepada Malini. Aisyah juga berjanji akan memberitahu keputusannya dalam tempoh 2 hari, iaitu sebelum matahari betul betul berada di tengah kepala.

2 hari kemudian seperti yang dijanjikan oleh Aisyah kepada Lamat, mereka bertemu di tepi sebuah sawah padi yang menghijau. Anwar turut berada sama disitu.

“Bagaimana Aisyah? Apa yang Malini bilang sama kau?” Tanya Lamat Sanusi kepada Aisyah.

“I pun sebenarnya..eh? Aku pun sebenarnya tidak berapa faham sangat apa yang disampaikan oleh Malini. Maklumlah dia bertutur Inggeris. Tapi aku rasa bunyinya begitu lembut sekali, seolah olah dia bersetuju dengan permintaan mu. Ini berita baik!”

“Benarkah Aisyah? Apa yang Malini bilang sama kau? Apa dia? Bilang sama aku sekarang!” Desak Lamat Sanusi dengan gelojoh.

“Dia bilang..emm..bagaimana aku mahu menyebutnya ya..” Aisyah teragak agak

“Cepatlah, aku sudah tidak sabar!” Lamat Sanusi semakin gelojoh.

“Mengapa berat benar mulutku ini ingin menyebutnya..ahh” Aisyah semakin teragak agak

“Kenapa kau ni? Otak kau ada masalah?” Lamat Sanusi sebenarnya sudah hilang otak.

“Sebentar..Malini bilang...Malini....bilang..”

“Ah kau ni! Bilang, bilang, bilang, bilang tahi kucing! Bilang Apa!!!?” Lamat Sanusi macam setan juga kadang kadang.




“Dia bilang...Fuck You!”

2 ulasan:

Sila Sila..