Ok kita kembali lagi di segmen jalan jalan cari penampor. Sebut pasal Fraser Hill, gua membayangkan sebuah tempat peranginan tanah tinggi yang nyaman dengan kondisi infrasturktur yang agak klasik. Dan ya, kebanyakkan infrastruktur dan kemudahannya dibina atas unsur kolonial klasik British, bersesuaian dengan nama seorang manusia putih keparat yang pernah menjejak bumi Pahang, iaitu Fraser.
Untuk ke Fraser Hill, lu boleh bilih sama ada mahu menggunakan kapal terbang, helikopter, kapal selam, burung but- but ataupun kenderaan darat seperti bas dan backhoe. Terus terang cakap, kalau gua kaya macam Rosmoh Mansor, gua akan pergi ke sana naik jet pejuang Sukhoi. Sebabnya, jalan darat yang digunakan untuk mendaki ke Fraser Hill adalah sebuah jalan yang bengkang bengkok dan sempit, ianya seolah olah menggambarkan liku liku kehidupan seseorang yang berada dalam keadaan trauma dan kesesusahan. Kepada sesiapa yang ada penyakit mual mahupun yang sedang mengandung, anda dinasihatkan tidak ke Bukit Fraser.
Perjalanan dari Raub mengambil masa lebih kurang sejam. Kalau ikut Kuala Kubu Bharu gua tak tahu, sebab gua tak pernah ikut jalan tu. Ah, gua agak lebih kurang sama saja jarak perjalanannya.
Apabila anda sampai di puncak, anda akan menikmati suhu dingin standard macam lu duduk dalam bilik aircond seperti di pasaraya Tunas Manja. Suhunya lebih kurang 15 darjah selsius. Bukit Fraser ni kawasannya kecil sahaja, tidak seluas seperti di Cameron Highland. Lu boleh lihat bangunan bangunan seperti pejabat pos dan klinik yang dibina dengan pengaruh seni bina British. Tapi tu perkara biasa pada gua, sebabnya bangunan jenis macam ni lu orang boleh tengok bersepah sepah kat Kuala Lipis, Taiping, Raub dan dimana mana sahaja pelusuk bumi yang pernah dijajah oleh British. Kepada pencinta pencinta Burung, maka disinilah tempatnya. Ada beberapa tempat untuk anda melihat spesis burung yang kononnya dianggap rare oleh sesetengah pihak terdapat disini. Gua tak minat burung jadi gua tak berminat nak ambil tahu. Haha.
Oh ya, suatu ketika dahulu Negara pernah digemparkan dengan kehilangan seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang sesat semasa melakukan aktiviti Jungle Tracking di Bukit Fraser. Pelajar tersebut hanya dikenali sebagai Mai dan beliau dikatakan telah sesat selama 21 hari. Lu gila? 21 hari tak sama dengan 21 minit ya. Maka sekiranya anda berminat dan mempunyai hobi untuk sesat dalam hutan dan ingin merasa daging babi semasa darurat, lu boleh cuba try test pegi Jungle Tracking kat sini. Ada tidak kurang daripada 3 Trail yang disediakan, salah satunya bernama Rompin Trail. Ok gua tak boleh cerita panjang, sebab tempat ni tak banyak sangat benda yang menarik. Gua pun lepak sejam dua je. Dan yang paling penting lu kena pegi dulu ke sana, baru lu orang tahu macam mana gambaran yang sebenar. Jangan dengar sangat cakap gua ni.
Sebelum ke Bukit Fraser Hill ni, gua sempat menemuramah seorang otai berstatus nenek yang berumur lebih kurang 70-an tentang pendapatnya mengenai Bukit Fraser. Lu nak tau dia kabor apa?
"Aih, Budok ni. Nenek doh bosan. Amendenye ade kat atas sane tu? Harap sejuk jea la budok weh! Baik nenek pegi London terus, meknye boleh la jugok jumpe Lady Gaga!"
Rahim ajar gua cara cara nak baca peta Fraser Hill |
hahaha...nenek mmg best..
BalasPadamterima kasih kerana sudi membaca =)
BalasPadamfraser hill trip?best2
BalasPadam