30 Oktober, 2010

Pengalaman dari seorang sahabat : Penjaja paww spektakuler

Aku bukan sebatang pen. Aku juga bukan nama sebenar.  Aku seorang manusia yang dijadikan dengan cukup sifat. Aku bersyukur, Aku lahir dalam keluarga yang biasa dan sederhana saja tetapi bahagia. Aku tidak punyai kerja, aku tidak punyai banyak wang, Aku tidak punyai telefon bimbit mahal, Aku tidak punyai pakaian yang bagus bagus dan berjenama eksklusif. Tapi Aku punyai sesuatu yang disebut sebagai maruah dalam kerendahan diri. Aku juga suka berkawan dan aku memang disenangi kawan kawan. Tetapi ada juga kawanku yang sering mengambil kesempatan dan akhirnya aku...Aku dicabul! Aku dinodai! Ya Allah..

Pada satu malam, Aku bagaikan dihimpit suatu perasaan yang bisa memecahkan medula oblongata ku. Aku hilang arah, Aku buntu! Lalu aku mengambil keputusan untuk mempelawa seorang sahabatku untuk keluar makan bersama. Sahabatku ini seorang lelaki tulen, kacak seperti Salim Kamil, bekerjaya yang sangat mapan masa depannya, pakai telefon mahal dan canggih,memandu kereta sukan dan banyak lagi kelebihannya. Aku rasa keputusan ku untuk mengajaknya keluar adalah satu keputusan yang paling ideal. Aku lapar, aku bawa duit cukup cukup sahaja.

Setelah sejam menunggu, sahabatku itu pun sampai dihadapan rumah. Kami menaiki kereta sukannya menuju ke sebuah kedai makan yang  biasa biasa, terletak di Bandar Kuantan.Sesampai saja kami dikedai, seorang pelayan wanita datang menghampiri  kami dan bertanya soalan rutin. Nak makan apa? Sahabatku yang penuh eksklusif itu tanpa berlengah terus memesan sepinggan char kuey teow bersama segelas air oren segar. Aku pun memesan sepinggan nasi lemak dan segelas teh o sahaja, sekadar cukup untuk mengalas perut.  Aku menjeling jeling telefon mahal berjenama iPhone dan Blackberry yang diletakkan di atas meja oleh sahabatku itu. Dalam hati aku bermonolog sendirian, aku kepingin juga memakai telefeon bimbit sedemikian. Ya, mungkin belum ada rezeki.

Sesudah makan dan berborak hal hal kecil, kami mengambil keputusan untuk pulang. Aku memanggil pelayan wanita tadi untuk mengira jumlah harga makanan dan minuman kami. Dan ya, kesemuanya bernilai RM 10.50. Tanpa sempat berbuat apa apa, sahabatku itu menghulurkan 2 keping not bernilai RM1 setiap satu. “Itu saja yang aku ada, kalau ada duit baki nanti, kau ambillah, anggap saja itu rezeki mu!”

Aku kaget, sesungguhnya aku pun tidak mempunyai wang yang cukup. Dengan berat hati aku pun mengeluarkan wang RM10.50 tanpa banyak soal. Itu sahaja duit yang aku ada! Aku menolak kembali not not yang bernilai RM2 itu kepada sahabatku yang berimej eksklusif itu.

Dalam perjalanan pulang aku hanya berdiam diri sahaja. Aku tahu aku sudah dicabul, kesucian ku kini dicemari dengan budaya Haji Bakhil buatan Malaysia. Aku rasa sungguh menyesal kerana tidak mahu mendengar nasihat rakan rakanku. Selama ini mereka begitu berkeras melarang aku keluar bersamanya. Kini baru aku tahu sebabnya. Aku rasa ingin menangis. 

Aku mula terbayangkan wajah wajah rakan rakanku yang penah menasihatiku. Sesampai sahaja dirumah, aku terus berlari menuju kedalam bilik. Aku menghempaskan badanku di atas katil bujangku sambil menangis teresak esak. Mok sangat terkejut melihat tindakanku yang seperti baru putus cinta. Kenapa nak? Kau kenapa? Itu antara soalan yang ibuku lontarkan.

“Dia memang gampang mok! Dia memang gampang!” itu jawapanku yang paling berbudi buat seorang sahabat sejati.


sambungan kepada artikel yang ditulis oleh Ayien : klik sini la woi

28 Oktober, 2010

Gemok

Jam 12 tengah hari, waktu terik begini memang kemuncak yang paling afdhol bagi waktu tidur gua. Tiba tiba telefon gua berbunyi. Ah? Aboh gua telefon dari Mekah.

"Assalamualaikom! Hah! tido la aok tu!" Sergah Aboh. 

"Haa..Waalaikumsalam..Haa..Mana ada..tengah sedar ni. Haa.." Gua mamai mamai juga.

Perbualan berterusan selama lebih kurang 5 minit dan diakhiri dengan satu pesanan dari Aboh.

"Gemok tu jangan lupa bagi makan, nanti mati pulok kucing tu!" 

Gua letak telefon, gua capai cermin mata, gua keluar dari bilik dan straight menuju ke dapur. Gua tengok Gemok yang juga kucing kesayangan Aboh tengah bancuh tepung nak buat cekodok pisang.

"Baguss..pandai kucing aboh. Pandai ambil berkat orang kat Mekah ya?" 

Lalu Gua tanpa berlengah terus saja menyambung pengajian dalam bidang sains peniduran ke peringkat yang lebih senior.

27 Oktober, 2010

Cerita Atuk Atuk

Suatu masa pada awal era 50-an di Kampung Jerkoh iaitu sebuah kampung yang terletak di antara sempadan daerah Kuala Lipis dan Raub, terdapat seorang gadis rupawan yang bernama Malini. Malini seorang gadis yang bersopan santun, lemah lembut dan berbudi bahasa. Kebolehannya dalam bidang memasak dan bermain masak masak sangat dikagumi oleh pria pria dan pemuda Kampung Jerkoh.

Tatkala api perjuangan bangsa Melayu sedang meluap meluap menuntut kemerdekaan, Malini masih dibuai dengan pujuk rayu pemuda pemuda kampung yang begitu kepingin sekali menjadikannya sebagai teman hidup. Ada yang mahu sehidup semati. Ada yang berjanji harta duniawi. Ada yang sanggup meredah onak dan duri. Yang kaki kaki judi pula ada yang sanggup tinggalkan permainan tersebut hanya kerana mahu menyunting Malini.

Dan yang pasti ramai juga pemuda pemuda kampung tersebut yang akhirnya terpaksa mengalah setelah permintaan murni mereka ditolak oleh Malini. Mereka mengalah bukan sebab apa, tetapi sebabnya Malini pandai berbahasa Inggeris. Ketika itu, amat sukar sekali untuk menemui wanita Melayu yang pandai berbahasa Inggeris. Maka sesiapa sahaja yang pandai berbahasa Inggeris akan diangkat martabatnya ke tahap yang tertinggi, begitulah Melayu sehingga hari ini.

“Ah, apa kau ingat aku ini dangkal? bodoh? Aku ini pemuda kampung yang berpelajaran darjah tiga di sekolah Melayu kau tahu? Setakat Bahasa Inggeris tu aku boleh saja menuturkannya.” Lamat Sanusi cuba menerangkan tahap pendidikannya kepada Anwar.

Lamat Sanusi ialah salah seorang pemuda kampung yang ingin mencuba nasib seperti pemuda pemuda lain untuk mendekati Malini. Beliau merupakan anak sulung kepada ketua Kampung Jerkoh, Dolloh Salleh.

“Kau jangan cari pasal Lamat, sudah ramai pemuda kampung kita yang tewas, sudah ramai yang berhabis wang dan masa hanya kerana mahu menyunting Malini. Kau jangan jadi bodoh. Jangan jadi seperti itik dan ayam, dia tu pandai Berbahasa Inggeris!” Anwar cuba menasihati Lamat secara berhemah tetapi tegas.

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!” Lamat Sanusi tidak berputus asa, malah dia semakin tekad. Keinginannya untuk mendekati Malini semakin menggunung.

“Jika begitu, kau sampaikan hajatmu itu kepada sahabat baik Malini, si Aisyah!” Cadang Anwar.

Lamat Sanusi mengangguk.

Setelah perbincangan dilakukan, Aisyah akhirnya bersetuju untuk menyampaikan hajat anak ketua kampung itu kepada Malini. Aisyah juga berjanji akan memberitahu keputusannya dalam tempoh 2 hari, iaitu sebelum matahari betul betul berada di tengah kepala.

2 hari kemudian seperti yang dijanjikan oleh Aisyah kepada Lamat, mereka bertemu di tepi sebuah sawah padi yang menghijau. Anwar turut berada sama disitu.

“Bagaimana Aisyah? Apa yang Malini bilang sama kau?” Tanya Lamat Sanusi kepada Aisyah.

“I pun sebenarnya..eh? Aku pun sebenarnya tidak berapa faham sangat apa yang disampaikan oleh Malini. Maklumlah dia bertutur Inggeris. Tapi aku rasa bunyinya begitu lembut sekali, seolah olah dia bersetuju dengan permintaan mu. Ini berita baik!”

“Benarkah Aisyah? Apa yang Malini bilang sama kau? Apa dia? Bilang sama aku sekarang!” Desak Lamat Sanusi dengan gelojoh.

“Dia bilang..emm..bagaimana aku mahu menyebutnya ya..” Aisyah teragak agak

“Cepatlah, aku sudah tidak sabar!” Lamat Sanusi semakin gelojoh.

“Mengapa berat benar mulutku ini ingin menyebutnya..ahh” Aisyah semakin teragak agak

“Kenapa kau ni? Otak kau ada masalah?” Lamat Sanusi sebenarnya sudah hilang otak.

“Sebentar..Malini bilang...Malini....bilang..”

“Ah kau ni! Bilang, bilang, bilang, bilang tahi kucing! Bilang Apa!!!?” Lamat Sanusi macam setan juga kadang kadang.




“Dia bilang...Fuck You!”

26 Oktober, 2010

Pesanan buat Roman Pavlyuchenko

“Kau nak cari makwe nanti, jangan cari perempuan yang suka pandang lelaki lain bila tengah berdating!” Rahim berpesan kepada Gua.

“Kenapa pulak?” Gua masih samar samar.

“Kau tengok perempuan di meja sebelah sana, asyik asyik pandang kat kau. Padahal pakwe dia ada kat sebelah?”  Rahim menjeling ke arah sebuah meja tidak jauh dari tempat kami minum.

Gua pun pandang ke arah meja yang dimaksudkan oleh Rahim.

“Celaka!”  

Gua tengok ada dua tiga orang pondan berambut panjang tengah hisap rokok sambil garu kaki. Sungguh mendalam pesanan pemuda Ulu Dong ini!

Bangelo Haji Fraser

Suatu petang ketika Gua, Bram dan Rahim sedang bersenang lenang seperti golongan aristokrat di dalam sebuah banglow atas puncak Fraser Hill, datang sekumpulan rombongan yang gua pun tidak pasti berasal dari mana terus masuk ke dalam bungalow milik kami. Kebanyakkan mereka terdiri daripada golongan orang tua, malahan terdapat juga seorang wanita yang tidak berambut atau dalam erti kata lain, botak. Kami bertiga buat endah tak endah. Rombongan sebegini memang selalu datang tatkala bungalow kami yang berdiri megah ini dipilih sebagai bangunan paling cantik di Fraser Hill. Gua sikit pun tak heran.

Gua panggil tukang bancuh kopi,

“Em, Chicarito. Tolong buatkan kopi untuk tetamu tetamu kita,  menoz azucar por favour ya?” Pinta gua sambil melemparkan senyuman  kepada Chicarito.

Chicarito yang berpakaian seperti pelayan hotel 5 bintang di Manchester mengangguk tanda faham, lalu pemuda Mexico itu terus menuju ke dapur sambil membuat lompat bintang.

Gua, Bram dan Rahim duduk seperti bos-bos di atas sebuah sofa empuk yang diimport khas dari Glasgow. Bram mengeluarkan sebatang cerut yang dibelinya semasa pergi ke negara Cuba. Sebagai seorang bisnesman yang berjaya, Bram memang suka mencuba jenama jenama cerut yang terbaru dan mahal.

“Pisshhh!” Bram menyalakan cerutnya menggunakan pemetik api berjenama masyur dari barat, Zippo.

Sambil menyilangkan kakinya, Bram menghembus asap cerut ke dalam ruang legar banglow kami yang tersergam indah itu. Semerbak bungalow kami berbau cerut pekat. Gua dan Rahim dah biasa dengan bau-bauan sebegini, bau bau kematian orang kabor. Bram terus menghisap cerutnya dengan penuh penghayatan seperti seorang yang betul betul menghayati lagu lagu Maher Zain.

Tiba tiba wanita botak yang datang bersama sekumpulan rombongan tadi datang menghampiri kami.

“I am sorry Sir, but for your information, we are cancer survivor. Please respect us and do not smoking in this bungalow” Perempuan tua itu kelihatan menutup hidungnya kerana tidak sanggup menghidu bau asap cerut tersebut.

“Celaka, kau ingat ni rumah siapa? Bungalow dan segala kabaret kabaret di Fraser Hill ni aku yang punya. Kau sibuk apahal?” Perlahan lahan gua tengok Bram cuba mengeluarkan pistol Glock dari sisi pinggangnya.

“But Sir, we really need you to..” Wanita tua itu cuba meneruskan kata katanya.

Bang! Bang! Bang!

“Itu pengajaran buat mu! Fuh.” Bram meniup muncung pistolnya yang baru sahaja melepaskan 3 tembakan menuju tepat ke kepala wanita tua itu.

“Chicarito! Tolongs bueng maryat ini perempuen ke dalam sungei please!” Rahim memanggil Chicarito yang kelihatan penat melompat bintang sejak dari tadi.

Ok gua tipu.

Sebenarnya wanita tersebut merupakan pesakit kanser yang datang melawat ke sebuah banglow di Bukit Fraser. Gua, Bram dan Rahim yang juga berada di dalam bungalow tersebut telah disound kerana merokok tak tentu hala. Gua malu beb! Hahaha.


25 Oktober, 2010

Jalan Jalan cari penampor 2

Ok kita kembali lagi di segmen jalan jalan cari penampor. Sebut pasal Fraser Hill, gua membayangkan sebuah tempat peranginan tanah tinggi yang nyaman dengan kondisi infrasturktur yang agak klasik. Dan ya, kebanyakkan infrastruktur dan kemudahannya dibina atas unsur kolonial klasik British, bersesuaian dengan nama seorang manusia putih keparat yang pernah menjejak bumi Pahang,  iaitu Fraser.

Untuk ke Fraser Hill, lu boleh bilih sama ada mahu menggunakan kapal terbang, helikopter, kapal selam, burung but- but ataupun kenderaan darat seperti bas dan backhoe. Terus terang cakap, kalau gua kaya macam Rosmoh Mansor, gua akan pergi ke sana naik jet pejuang Sukhoi. Sebabnya, jalan darat yang digunakan untuk mendaki ke Fraser Hill adalah sebuah jalan yang bengkang bengkok dan sempit, ianya seolah olah menggambarkan liku liku kehidupan seseorang yang berada  dalam keadaan trauma dan kesesusahan. Kepada sesiapa yang ada penyakit mual mahupun yang sedang mengandung, anda dinasihatkan tidak ke Bukit Fraser.

Perjalanan dari Raub mengambil masa lebih kurang sejam. Kalau ikut Kuala Kubu Bharu gua tak tahu, sebab gua tak pernah ikut jalan tu. Ah, gua agak lebih kurang sama saja jarak perjalanannya.

Apabila anda sampai di puncak, anda akan menikmati suhu dingin standard macam lu duduk dalam bilik aircond seperti di pasaraya Tunas Manja. Suhunya lebih kurang 15 darjah selsius. Bukit Fraser ni kawasannya kecil sahaja, tidak seluas seperti di Cameron Highland. Lu boleh lihat bangunan bangunan seperti pejabat pos dan klinik yang dibina dengan pengaruh seni bina British. Tapi tu perkara biasa pada gua, sebabnya bangunan jenis macam ni  lu orang boleh tengok bersepah sepah kat Kuala Lipis, Taiping, Raub dan dimana mana sahaja pelusuk bumi yang pernah dijajah oleh British. Kepada pencinta pencinta Burung, maka disinilah tempatnya. Ada beberapa tempat untuk anda melihat spesis burung yang kononnya dianggap rare oleh sesetengah pihak terdapat disini. Gua tak minat burung jadi gua tak berminat nak ambil tahu. Haha.

Oh ya, suatu ketika dahulu Negara pernah digemparkan dengan kehilangan seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang sesat semasa melakukan aktiviti Jungle Tracking di Bukit Fraser. Pelajar tersebut hanya dikenali sebagai Mai dan beliau dikatakan telah sesat selama 21 hari. Lu gila? 21 hari tak sama dengan 21 minit ya. Maka sekiranya anda berminat dan mempunyai hobi untuk sesat dalam hutan dan ingin merasa daging babi semasa darurat, lu boleh cuba try test pegi Jungle Tracking kat sini. Ada tidak kurang daripada 3 Trail yang disediakan, salah satunya bernama Rompin Trail. Ok gua tak boleh cerita panjang, sebab tempat ni tak banyak sangat benda yang menarik. Gua pun lepak sejam dua je. Dan yang paling penting lu kena pegi dulu ke sana, baru lu orang tahu macam mana gambaran yang sebenar. Jangan dengar sangat cakap gua ni.

Sebelum ke Bukit Fraser Hill ni, gua sempat menemuramah seorang otai berstatus nenek yang berumur lebih kurang 70-an tentang pendapatnya mengenai Bukit Fraser. Lu nak tau dia kabor apa?

"Aih, Budok ni. Nenek doh bosan. Amendenye ade kat atas sane tu? Harap sejuk jea la budok weh! Baik nenek pegi London terus, meknye boleh la jugok jumpe Lady Gaga!"

Rahim ajar gua cara cara nak baca peta Fraser Hill

24 Oktober, 2010

Jalan Jalan cari penampor 1

Pada gua melancong ataupun bercuti ni merupakan satu aktiviti yang bermanfaat dan mengeluarkan banyak duit juga sebenarnya. Kalau berbaloi tak mengapalah, dapat tengok tempat cantik, ada awek cun bersidai di tepian, dapat tengok benda benda aneh pun seronok juga, itu semua boleh dikira sebagai percutian yang berbaloi. Tapi gua hangin juga kalau sesebuah tempat peranginan tu jenis biasa biasa saja, jenis yang diberi nama tempat peranginan hanya kerana disitu ada angin termasuklah angin kentut dan angin pasang. Macam bukit Fraser. Macam celaka. Ok nanti gua cerita, kucing gua dah sound, gua kena bagi kucing makan.

21 Oktober, 2010

Resume Gua

Gua  masih baru dalam bidang perguruan. Pengalaman mengajar tak lama mana. Tak sampai setahun pun. Sekarang ni gua masih menunggu penempatan mengajar dari kementerian.

Gua tengok anak anak muda sekarang dah banyak yang berperangai tak senonoh. Contohnya Zulfahmi. Di sekolah, masalah delinkuen sudah menjadi rutin. Budak sekolah buang bayi bawah katil asrama boleh dikira sebagai perkara biasa. Atas dasar untuk mengubah tahap pemikiran kelas ketiga tersebut, gua telah memberanikan diri untuk menjadi seorang guru. 1Malaysia menjana transformasi orang kabor.

Gua mengajar subjek subjek yang bercirikan perniagaan. Kalau lu nak tau pasal bil inden, resit, fungsi fungsi Tunas Manja, peranan kelab malam dan surau, lu boleh tanya gua. Kerap kali juga gua berpesan kepada anak anak murid gua supaya pagi pagi cium tangan mak bapak sebelum pergi sekolah, rambut jangan kuning, telinga mesti korek, jangan lupa buat lesen motor dan macam macam lagi pesanan yang gua rasakan perlu untuk mengubah minda mereka.

Tengah tengah gua tulis artikel ni, tiba tiba satu mesej masuk ke dalam telefon bimbit gua,

“Esok start menoreh, datang pagi pagi. Lu jangan tak tido! Nanti gua hempuk!” 

Garang sungguh bunyinya, mesej mesej begini lazimnya datang dari Rahim yang juga merangkap bos gua.

Ok, gua tido dulu.