Isu sensitif yang melibatkan hal ehwal perkaumanan, bahasa dan hak istimewa atau apa sahaja yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara Malaysia difahami umum sebagai satu warta yang telah dipersetujui. Apabila kita berbicara mengenai persetujuan, tentu sekali pembentukan awal sama ada dari segi draf dan implementasinya dicapai secara muafakat oleh pemimpin terdahulu dan sewajarnnya tidak perlu dipersoalkan. Dewasa ini, kecenderungan beberapa pihak untuk cuba mempertikaikan perkara perkara yang termaktub dalam perlembagaan Negara dilihat sebagai satu cubaan menghapuskan nilai dan prinsip yang telah dipersetujui secara bersama lebih setengah dekad. Ok, pendahuluan macam gampang ni takde kaitan pun.
Botak Chin merupakan seorang kakitangan di sebuah syarikat perbadanan awam milik legasi Tun Abdul Razak ,iaitu seorang negarawan Negara yang juga Perdana Menteri Kedua. Perlu difahami secara literalnya disini bahawa Botak Chin dalam frasa pertama tadi bukanlah merujuk kepada nama sebenar, ia sekadar nama samaran. Sebagai seorang pekerja di syarikat yang terkenal, Botak Chin lebih suka merendah diri, bermuka ganas di luaran tetapi berhati tisu seperti tisu jenama Kennex. Dalam lenggok dialek urbannya, harap muka je ganas tapi hati mak aii..lembut persis tisu babe! Waklu.
Setelah beberapa bulan memerhatikan tingkah, kaedah serta gaya berkomunikasi yang digunakan oleh Botak Chin, ternyata penulis agak gusar juga dengan perkembangan yang beliau sendiri corakkan. Pemikirannya yang menganggap terdapat kasta dalam kalangan rakan rakan yang beliau sendiri gauli menampakkan satu kejahilan minda yang perlu dibuang jauh-jauh. Lantaran semangat bola yang sungguh kuat dan sentimen ‘merendah diri tak tentu hala’ yang sangat mendebarkhuatirkan itu, penulis telah menerima beberapa aduan dari rakan rakan sama ada lelaki mahupun wanita tentang kegusaran mereka untuk berkawan dengan Botak Chin.
Ada sesetengah daripada mereka menyatakan bahawa mereka telah dimaki dengan kejam tanpa belas kasihan hanya kerana tersilap bergurau. Sedangkan menurut mereka, perkara yang diguraukan itu adalah kecil dan tidak melibatkan hal ehwal menganjing nama mak bapak apatah lagi nama nenek sebelah kakak ipar yang beliau kasihi. Justeru, mereka menganggap bahawa Botak Chin adalah individu yang terlalu sensitif dan tidak kental hatinya seperti Omar Alias. Penulis yang berasa takut pada saat menulis artikel ini telah mengambil keputusan untuk tidur terlebih dahulu kerana bimbangkan keselamatannya terancam. Maka naratif artikel ini tidak akan lengkap sekiranya tidak bersambung. Ye dak? Jadi? Bersambunglah.
Bersambung..
Botak Chin yang sebenar : Eh, tak botak pun? |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Sila..