Aku dah lama nak cakap benda ni, pasal Facebook. Kalau kau post dekat wall kau, kemudian kau Like sendiri post kau tu, apa maknanya? Kalau kau tak suka, takde la kau nak post benda tu kan? Apalah sangat Facebook ni, tapi kadang-kadang ia mengajar kita untuk menjadi lebih relevan dan lebih dari itu, apa yang penting, Facebook kau bukan bapak aku punya..ok,sekian.
02 Februari, 2011
Tak Tahu 2
"Teh tarik satu!" Mat Dom mengorder tanpa menghiraukan hujan yang semakin lebat.
Dari jauh kelihatan sebuah kereta berjenama eropah, kereta jenama mewah pastinya. Kereta tersebut dipojok dibawah sepohon pokok yang rimbun, cukup untuk menghancurkan kereta tersebut sekiranya pokok itu tumbang dipanah petir. Atau mungkin juga dahannya bisa tercabut sekiranya langsuir gemuk hinggap di atas dahan tersebut, saya fikir.
"Papp!" Pintu kereta mewah tersebut ditutup dengan kemas. Seperti orang yang baru mengendap anak dara mandi, Kedua-dua penghuni kereta tersebut berlari terkinja-kinja masuk ke dalam kedai.
Saha dan Nik, kedua-duanya rakan lama yang dikenali semasa bermain badminten mengambil tempat di hadapan saya dan Mat Dom. Kami bersalam-salaman.
"Ah! Paroh!" Saha bersuara.
Kami memandang Saha dengan penuh tanda tanya.
"Aku nak balik, aku nak berok kejap!"
Tak tahu 1
"Aku kira perempuan atau lelaki yang kahwin awal-awal ni selalunya muka tak berapa cantik, senang nak mengayat, siul sikit dah dapat nombor telefon" Mat Dom sedut rokok Dunhill dalam-dalam.
"Betul?" Saya bertanya kembali.
"Iya, Termasuklah kau!"
"Faking!"
Dari luar kedai Ayu, gerimis mula turun. Lalu..
"Betul?" Saya bertanya kembali.
"Iya, Termasuklah kau!"
"Faking!"
Dari luar kedai Ayu, gerimis mula turun. Lalu..
14 November, 2010
Pukul 9 punya hal
Pukul 9, gua tendang engkol motor honda ombak gua. Gua tendang dengan lemah tetapi masih kuat dan motor masih boleh hidup. Gua preh preh sikit trotle, nak kasi enjin moto panas. Tujuan gua hanya satu, iaitu memenuhi keperluan dan kehendeak perut gua. Ya, Perut gua sebenarnya dah lama mengidam nak makan Steamboat.
Seingat gua, kali terakhir gua makan steamboat ni adalah pada tahun 1975, ketika itu gua baru berusia 10 tahun dan masih belum mumaiyiz. Jadi, hal-hal yang berkaitan dengan steamboat ni gua dah lama tak sentuh. Kecuali semalam, gua cuba dapatkannya di pasar malam sekitar Sg Isap.
"Bang, semua sekali RM6" Penjaja wanita yang mirip Natasha Hudson itu menghulurkan plastik berisi steamboat yang gua pilih.
" Keep the change please?" Tanpa banyak soal, gua hulurkan sekeping not berwana merah. dan terus berlalu pergi.
"Nua, you are my man..' Gua dengar suara penjaja mirip Natasha Hudson itu sayup sayup kedengaran dari belakang. Macam mana dia tahu nama gua pun gua tak pasti. Gua terharu.
Ketika gua berlalu pergi, gerimis sudah mula turun. Gua yang pada awalnya berkira kira untuk bersiar siar di pasar malam tersebut terpaksa membatalkan hasrat. Gua cepat cepat menuju ke motor gua yang diparkir secara jahat. Ketika gua duduk di atas motor, seketul pesanan ringkas masuk ke dalam telefon blackberry pemberian tokei kedai henset di Tanjung Malim.
"Nua, jom lepak. ak nak pegi amik Aliff ni" Rooney mempelawa gua melepak. Memandangkan gerimis semakin mencurah, gua mengambil keputusan untuk tidak membalas mesej tersebut dahulu. Tunggulah sampai dirumah.
Dalam perjalanan pulang, gua terpaksa melalui sebuah bustand yang terletak di bawah sepohon pokok yang rendang. Ia terletak di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Isap. Keadaannya pada waktu malam memang agak 'horror' juga. Dah banyak cerita yang gua dengar, ada yang jumpa hantu Mak Limah la, hantu isap shisha la, hantu paintball, dan tidak ketinggalan juga ada yang main hantu-hantu.
Gua bawa motor perlahan lahan. Dari jauh, gua lihat seperti ada objek yang tengah terpacak di hadapan bustand tersebut. Setelah puas gua amati, maka ternyatalah ada objek berbentuk sehelai manusia yang tengah melambai lambai ke arah gua. Ketika itu gua hanya seorang diri. Dalam gerimis yang masih perlahan, gua memberanikan diri memberhentikan motor gua di bustand tersebut.
"Ya Allah!" Gua menerkup mulut gua tatkala melihat lembaga yang berdiri di bustand tersebut sebenarnya bukanlah sehelai manusia. Macam manusia juga, tapi terlalu hodoh untuk diungkapkan dengan bait bait ayat. Orang kabor macam gampang. Lembaga tersebut tidak mempunyai wajah, rambutnya panjang sehingga mencecah bumi, kukunya panjang macam orang tak pernah pergi semayang Jumaat, bajunya compang camping dan tangannya buruk dihinggapi kudis kudis buta. Gua dah agak, ni mesti kerja syaitan ni.
"Lu ada masa tak brader?" Tanya lembaga tersebut sambil menyelak rambutnya yang panjang.
"Ada, kenapa?"
"Gua bukan apa brader, lu nak nombor ekor? gua boleh kasi lu kaya brader. Lu tak percaya?" Lembaga tersebut membuat sanggul di atas kepala.
Lembaga tersebut meneruskan kata katanya,
" Kalau lu tak percaya, esok lu tengok suratkabar..1st jackpot keluar nombor ni..5434. Masa tu baru lu tau gua ni bukan hantu sebarangan, gua memang betul betul berhantu!"
"Tapi bro? gua tak main benda.." Belum sempat gua menghabiskan ayat ayat gua, hantu tersebut terus menyampuk.
"Aaa..no no no? Jangan cakap macam tu please? Gua tamaw dengar alasan ya? ok gua chow!" Lalu lembaga tersebut terbang menuju ke arah Manchester, tempat tempat penyokong syaitan berkumpul.
Badan gua terketar ketar, gua pulas trotle motor gua sehingga penghabisan. Gua tak sempat pun makan steamboat yang gua beli dari penjaja mirip Natasha Hudson tu. Pada masa tu, gua terpaksa hantar mesej untuk membatalkan hasrat gua melepak di Kusi Meroh. Gua terus tidur.
Hari ini...
Gua belek belek surat khabar bahagian keputusan nombor ekor, gua tengok..
1st prize - 9998. Celaka punya lembaga.
Dan ya, dah memang jadi tugas syaitan untuk menyesatkan manusia. Tetapi disebabkan kesempitan hidup dan hilang punca akal fikiran, gua juga masih hairan mengapa masih ada yang taksub dengan nombor ekoq sampai sanggup memuja setan. Celaka punya setan. Tak pasal pasal gua kena cancel melepak semalam.
Sila baca : pukul 9 punya hal ( versi original )
11 November, 2010
Kegusaran Pemikiran Berjambul 2
Berikut adalah luahan hati Mat Yumno (Bukan nama sebenar) kepada gua berkenaan Kegusaran Pemikiran Berjambul yang dicetuskan oleh Botak Chin.
Gua sebenarnya dah lama dihimpit dengan kata kata kesat dan caci maki dari Botak Chin. BODOH? SIAL? GAMPIT? HARAM JADAH? Gua dah biasa dengan semua tu. Tetapi gua tetap cool. Gua lihat, Botak Chin memang agak sensitif dan agresif tentang hal hal berkaitan dengan bolasepak terutamanya melibatkan kelab syaitan terbesar di dunia, Manchester United. Gua memang dah agak dia bukannya seorang penyokong biasa, pada pandangan gua, dia adalah seorang pengganas bolasepak ataupun dalam Bahasa Inggerisnya dikenali sebagai Hooligan.
Gua pandang, gua jeling jeling dan gua terus memerhati. Gua dapati..
Botak Chin memang mengamalkan konsep kegananasan bolasepak dalam dunia maya melalui perantara utamanya, Facebook. Botak Chin secara terang terangan menyatakan kebenciannya terhadap pasukan lain selain daripada pasukan Syaitan kesayangannya. Ah? Lu berani kutuk syaitan? Lu berani kutuk Alex Feguson? Gua berani jamin lu takkan hidup lama. Paling kurang pun sempat juga 3 kali Jumaat. Hari seterusnya? Gua tak tahu. Alex Feguson diibaratkan seperti bapa, dan dia sebagai Wayne Rooney. Begitulah kecintaan Botak Chin terhadap Manchester United.
Tetapi itu hanya di alam maya. Luaran? Terus terang gua cakap, penampilannya tampak ganas, pedang disisi, pisau di genggaman, tetapi dalam hati siapa yang tahu? Setelah kejadian dua wanita di maki hamun dalam Facebook disebabkan berlakunya sedikit kesilapan KECIL dalam bidang bergurau senda, barulah gua tahu yang Botak Chin mempunyai hati yang lembut seperti tisu. Malah jika tuala wanita itu lembut dan nipis seperti tisu, maka kita boleh andaikan hati Botak Chin begitu juga. Hanya kerana sedikit kesilapan, kedua dua wanita tersebut dimaki hamun dengan kejam oleh Botak Chin.
Perkataan seperti BODOH, BONGOK menjadi taruhan Botak Chin semasa memaki hamun wanita wanita yang lemah itu. Dan beliau juga sempat menyelitkan beberapa dialog ala-ala pemikiran kasta dan konsep kelas atasan/bawahan tajaan Nyonya Mansor dalam filem Ibu Mertuaku. “Korang kelas atasan, aku kelas bawahan, tak layak berkawan dengan korang!” Gua sendiri pun tak faham apakah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh beliau. Adakah beliau ingin menyatakan kepada gua dan juga kepada segelintir rakan rakan gua yang masih tak bekerja ni sebagai kelas atasan? Bodoh? ataupun apa? Atau mungkin juga secara sinisnya beliau ingin menunjukkan kepada kami yang beliau sememangnya bodoh dan batil kerana berfikiran sedemikian sedangkan kami tidak pernah meminggirkan beliau. Gua tak tahu.
Hari ini tanpa usul periksa, gua dimaki lagi buat kesekian kalinya. Gua hanya mampu berdiam diri.
Mujurlah ada saudara Mohar Jantan yang masih pandai menjaga hati kawan kawannya termasuk gua. Gua gembira kerana disebalik kekalutan yang berlaku, Mohar Jantan dan rakan rakan di JKKK Kusi Meroh masih ada dan sedia mendengar masalah gua. Mohar, terus terang cakap, lu memang pandai menjaga hati gua. Oh ya Mohar,
Mintak rokok sebatang...
*******
Atas sebab keselamatan, gambar si pengadu terpaksa dikaburkan |
08 November, 2010
Kegusaran Pemikiran Berjambul
Isu sensitif yang melibatkan hal ehwal perkaumanan, bahasa dan hak istimewa atau apa sahaja yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara Malaysia difahami umum sebagai satu warta yang telah dipersetujui. Apabila kita berbicara mengenai persetujuan, tentu sekali pembentukan awal sama ada dari segi draf dan implementasinya dicapai secara muafakat oleh pemimpin terdahulu dan sewajarnnya tidak perlu dipersoalkan. Dewasa ini, kecenderungan beberapa pihak untuk cuba mempertikaikan perkara perkara yang termaktub dalam perlembagaan Negara dilihat sebagai satu cubaan menghapuskan nilai dan prinsip yang telah dipersetujui secara bersama lebih setengah dekad. Ok, pendahuluan macam gampang ni takde kaitan pun.
Botak Chin merupakan seorang kakitangan di sebuah syarikat perbadanan awam milik legasi Tun Abdul Razak ,iaitu seorang negarawan Negara yang juga Perdana Menteri Kedua. Perlu difahami secara literalnya disini bahawa Botak Chin dalam frasa pertama tadi bukanlah merujuk kepada nama sebenar, ia sekadar nama samaran. Sebagai seorang pekerja di syarikat yang terkenal, Botak Chin lebih suka merendah diri, bermuka ganas di luaran tetapi berhati tisu seperti tisu jenama Kennex. Dalam lenggok dialek urbannya, harap muka je ganas tapi hati mak aii..lembut persis tisu babe! Waklu.
Setelah beberapa bulan memerhatikan tingkah, kaedah serta gaya berkomunikasi yang digunakan oleh Botak Chin, ternyata penulis agak gusar juga dengan perkembangan yang beliau sendiri corakkan. Pemikirannya yang menganggap terdapat kasta dalam kalangan rakan rakan yang beliau sendiri gauli menampakkan satu kejahilan minda yang perlu dibuang jauh-jauh. Lantaran semangat bola yang sungguh kuat dan sentimen ‘merendah diri tak tentu hala’ yang sangat mendebarkhuatirkan itu, penulis telah menerima beberapa aduan dari rakan rakan sama ada lelaki mahupun wanita tentang kegusaran mereka untuk berkawan dengan Botak Chin.
Ada sesetengah daripada mereka menyatakan bahawa mereka telah dimaki dengan kejam tanpa belas kasihan hanya kerana tersilap bergurau. Sedangkan menurut mereka, perkara yang diguraukan itu adalah kecil dan tidak melibatkan hal ehwal menganjing nama mak bapak apatah lagi nama nenek sebelah kakak ipar yang beliau kasihi. Justeru, mereka menganggap bahawa Botak Chin adalah individu yang terlalu sensitif dan tidak kental hatinya seperti Omar Alias. Penulis yang berasa takut pada saat menulis artikel ini telah mengambil keputusan untuk tidur terlebih dahulu kerana bimbangkan keselamatannya terancam. Maka naratif artikel ini tidak akan lengkap sekiranya tidak bersambung. Ye dak? Jadi? Bersambunglah.
Bersambung..
Botak Chin yang sebenar : Eh, tak botak pun? |
05 November, 2010
Lapo ni Lapo!
Hujan masih belum teduh. Lalu Gua menjenguk ke luar rumah, bumi masih basah dan tanah sedikit becak. Gua yang baru bangun tidur lepas pulang sembahyang Jumaat berasa sungguh lapar. Dan yang pasti perut Gua sudah mula memutarkan lagu lagu dari koleksi cd : Lelaki bersuara emas Volume 2 yang turut menampilkan Salim Iklim.
Gua pergi ke dapur untuk mencari secebis nasi dan harapan. Tapi harapan tinggal harapan, nasi dalam periuk tinggal sejemput. Hajat nak buat nasi goreng tak tercapai. Gua semakin lemah, tiada bertenaga lagi. Lalu gua merangkak mencari biskut keping untuk buat alas perut. Mujurlah masih ada 198 keping lagi biskut, gua makan dengan tertib sambil meminum air teh o. Kenyang juga rupanya. Gua rasa bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk memakan biskut walaupun sedikit.
Gua patah balik masuk ke dalam bilik untuk mencari sekotak racun berjenama Winston. Ya, kotaknya masih ada di atas meja komputer. Gua bukak kotak racun tu, gua tengok KOSONG. sebatang racun pun tiada. Tak silap gua sebelum ke masjid tadi masih ada sebatang. gua hairan.
"Waklu!" tiba tiba gua dengar suara parau yang datang dari luar bilik.
Gua jengah ke luar..dan..ya..seperti yang gua sangka.
Gua tengok gemok tengah berbaring sambil isap rokok. Ada dua tiga balang maruku disebelahnya. Kurang ajar punya kucing. Jenis mintak rokok tak beritahu tuan ni memang buat gua lapor semula!.
01 November, 2010
Siri bercakap dengan Jin
Jam 10 pagi, 31/10/2010
"Wahai Anuar, dan janganlah kamu melakukan perkara perkara yang membazirkan waktu mudamu. Pada malam ini, Marilah kita bersama sama pergi ke pesta konvo. Meraikan kejayaanku sambil mencuci mata. Maka bertebaran lah kamu di bumi UUM ini.." Titah Bram kepada gua.
"Nak pergi pukul berapa? Kalau boleh kita tidur dulu la, penat sungguh." Ketika itu jam gua menunjukkan jam 10 pagi.
"Hmm..right..right.. Malam ni kita gerak pukul 9, makan malam sekali!" Bram bersetuju dengan cadangan gua. Rooney hanya mengangguk tanpa banyak soal.
Jam 1205 pagi, 1/11/2010
"Wahai Anuar, dan janganlah kamu terasa hati dengan sikap dan perbuatan Bram itu. Kelak kamu sendiri tidak akan beroleh manfaat!" Rooney menasihati gua yang masih kelihatan sebak.
Gua tengok Bram masih kekal tidur dari pagi tadi. Tak bangun bangun! Sungguh! Lu memang Penunggu UUM. A+ gua kasi ke lu! 2 Jari atah Pale!
30 Oktober, 2010
Pengalaman dari seorang sahabat : Penjaja paww spektakuler
Aku bukan sebatang pen. Aku juga bukan nama sebenar. Aku seorang manusia yang dijadikan dengan cukup sifat. Aku bersyukur, Aku lahir dalam keluarga yang biasa dan sederhana saja tetapi bahagia. Aku tidak punyai kerja, aku tidak punyai banyak wang, Aku tidak punyai telefon bimbit mahal, Aku tidak punyai pakaian yang bagus bagus dan berjenama eksklusif. Tapi Aku punyai sesuatu yang disebut sebagai maruah dalam kerendahan diri. Aku juga suka berkawan dan aku memang disenangi kawan kawan. Tetapi ada juga kawanku yang sering mengambil kesempatan dan akhirnya aku...Aku dicabul! Aku dinodai! Ya Allah..
Pada satu malam, Aku bagaikan dihimpit suatu perasaan yang bisa memecahkan medula oblongata ku. Aku hilang arah, Aku buntu! Lalu aku mengambil keputusan untuk mempelawa seorang sahabatku untuk keluar makan bersama. Sahabatku ini seorang lelaki tulen, kacak seperti Salim Kamil, bekerjaya yang sangat mapan masa depannya, pakai telefon mahal dan canggih,memandu kereta sukan dan banyak lagi kelebihannya. Aku rasa keputusan ku untuk mengajaknya keluar adalah satu keputusan yang paling ideal. Aku lapar, aku bawa duit cukup cukup sahaja.
Setelah sejam menunggu, sahabatku itu pun sampai dihadapan rumah. Kami menaiki kereta sukannya menuju ke sebuah kedai makan yang biasa biasa, terletak di Bandar Kuantan.Sesampai saja kami dikedai, seorang pelayan wanita datang menghampiri kami dan bertanya soalan rutin. Nak makan apa? Sahabatku yang penuh eksklusif itu tanpa berlengah terus memesan sepinggan char kuey teow bersama segelas air oren segar. Aku pun memesan sepinggan nasi lemak dan segelas teh o sahaja, sekadar cukup untuk mengalas perut. Aku menjeling jeling telefon mahal berjenama iPhone dan Blackberry yang diletakkan di atas meja oleh sahabatku itu. Dalam hati aku bermonolog sendirian, aku kepingin juga memakai telefeon bimbit sedemikian. Ya, mungkin belum ada rezeki.
Sesudah makan dan berborak hal hal kecil, kami mengambil keputusan untuk pulang. Aku memanggil pelayan wanita tadi untuk mengira jumlah harga makanan dan minuman kami. Dan ya, kesemuanya bernilai RM 10.50. Tanpa sempat berbuat apa apa, sahabatku itu menghulurkan 2 keping not bernilai RM1 setiap satu. “Itu saja yang aku ada, kalau ada duit baki nanti, kau ambillah, anggap saja itu rezeki mu!”
Aku kaget, sesungguhnya aku pun tidak mempunyai wang yang cukup. Dengan berat hati aku pun mengeluarkan wang RM10.50 tanpa banyak soal. Itu sahaja duit yang aku ada! Aku menolak kembali not not yang bernilai RM2 itu kepada sahabatku yang berimej eksklusif itu.
Dalam perjalanan pulang aku hanya berdiam diri sahaja. Aku tahu aku sudah dicabul, kesucian ku kini dicemari dengan budaya Haji Bakhil buatan Malaysia. Aku rasa sungguh menyesal kerana tidak mahu mendengar nasihat rakan rakanku. Selama ini mereka begitu berkeras melarang aku keluar bersamanya. Kini baru aku tahu sebabnya. Aku rasa ingin menangis.
Aku mula terbayangkan wajah wajah rakan rakanku yang penah menasihatiku. Sesampai sahaja dirumah, aku terus berlari menuju kedalam bilik. Aku menghempaskan badanku di atas katil bujangku sambil menangis teresak esak. Mok sangat terkejut melihat tindakanku yang seperti baru putus cinta. Kenapa nak? Kau kenapa? Itu antara soalan yang ibuku lontarkan.
“Dia memang gampang mok! Dia memang gampang!” itu jawapanku yang paling berbudi buat seorang sahabat sejati.
sambungan kepada artikel yang ditulis oleh Ayien : klik sini la woi
28 Oktober, 2010
Gemok
Jam 12 tengah hari, waktu terik begini memang kemuncak yang paling afdhol bagi waktu tidur gua. Tiba tiba telefon gua berbunyi. Ah? Aboh gua telefon dari Mekah.
"Assalamualaikom! Hah! tido la aok tu!" Sergah Aboh.
"Haa..Waalaikumsalam..Haa..Mana ada..tengah sedar ni. Haa.." Gua mamai mamai juga.
Perbualan berterusan selama lebih kurang 5 minit dan diakhiri dengan satu pesanan dari Aboh.
"Gemok tu jangan lupa bagi makan, nanti mati pulok kucing tu!"
Gua letak telefon, gua capai cermin mata, gua keluar dari bilik dan straight menuju ke dapur. Gua tengok Gemok yang juga kucing kesayangan Aboh tengah bancuh tepung nak buat cekodok pisang.
"Baguss..pandai kucing aboh. Pandai ambil berkat orang kat Mekah ya?"
Lalu Gua tanpa berlengah terus saja menyambung pengajian dalam bidang sains peniduran ke peringkat yang lebih senior.
Langgan:
Catatan (Atom)