14 November, 2010

Pukul 9 punya hal

Pukul 9, gua tendang engkol motor honda ombak gua. Gua tendang dengan lemah tetapi masih kuat dan motor masih boleh hidup. Gua preh preh sikit trotle, nak kasi enjin moto panas. Tujuan gua hanya satu, iaitu memenuhi keperluan dan kehendeak perut gua. Ya, Perut gua sebenarnya dah lama mengidam nak makan Steamboat. 

Seingat gua, kali terakhir gua makan steamboat ni adalah pada tahun 1975, ketika itu gua baru berusia 10 tahun dan masih belum mumaiyiz. Jadi, hal-hal yang berkaitan dengan steamboat ni gua dah lama tak sentuh. Kecuali semalam, gua cuba dapatkannya di pasar malam sekitar Sg Isap.

"Bang, semua sekali RM6"  Penjaja wanita yang mirip Natasha Hudson itu menghulurkan plastik berisi steamboat yang gua pilih.

" Keep the change please?" Tanpa banyak soal, gua hulurkan sekeping not berwana merah. dan terus berlalu pergi. 

"Nua, you are my man..' Gua dengar suara penjaja mirip Natasha Hudson itu sayup sayup kedengaran dari belakang. Macam mana dia tahu nama gua pun gua tak pasti. Gua terharu.

Ketika gua berlalu pergi, gerimis sudah mula turun. Gua yang pada awalnya berkira kira untuk bersiar siar di pasar malam tersebut terpaksa membatalkan hasrat. Gua cepat cepat menuju ke motor gua yang diparkir secara jahat. Ketika gua duduk di atas motor, seketul pesanan ringkas masuk ke dalam telefon blackberry pemberian tokei kedai henset di Tanjung Malim.

"Nua, jom lepak. ak nak pegi amik Aliff ni" Rooney mempelawa gua melepak. Memandangkan gerimis semakin mencurah, gua mengambil keputusan untuk tidak membalas mesej tersebut dahulu. Tunggulah sampai dirumah.

Dalam perjalanan pulang, gua terpaksa melalui sebuah bustand yang terletak di bawah sepohon pokok yang rendang. Ia terletak di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Isap. Keadaannya pada waktu malam memang agak 'horror' juga. Dah banyak cerita yang gua dengar, ada yang jumpa hantu Mak Limah la, hantu isap shisha la, hantu paintball, dan tidak ketinggalan juga ada yang main hantu-hantu.

Gua bawa motor perlahan lahan. Dari jauh, gua lihat seperti ada objek yang tengah terpacak di hadapan bustand tersebut. Setelah puas gua amati, maka ternyatalah ada objek berbentuk sehelai manusia yang tengah melambai lambai ke arah gua. Ketika itu gua hanya seorang diri. Dalam gerimis yang masih perlahan, gua memberanikan diri memberhentikan motor gua di bustand tersebut.

"Ya Allah!" Gua menerkup mulut gua tatkala melihat lembaga yang berdiri di bustand tersebut sebenarnya bukanlah sehelai manusia. Macam manusia juga, tapi terlalu hodoh untuk diungkapkan dengan bait bait ayat. Orang kabor macam gampang. Lembaga tersebut tidak mempunyai wajah, rambutnya panjang sehingga mencecah bumi, kukunya panjang macam orang tak pernah pergi semayang Jumaat, bajunya compang camping dan tangannya buruk dihinggapi kudis kudis buta. Gua dah agak, ni mesti kerja syaitan ni.

"Lu ada masa tak brader?" Tanya lembaga tersebut sambil menyelak rambutnya yang panjang.

"Ada, kenapa?"

"Gua bukan apa brader, lu nak nombor ekor? gua boleh kasi lu kaya brader. Lu tak percaya?" Lembaga tersebut membuat sanggul di atas kepala.

Lembaga tersebut meneruskan kata katanya, 

" Kalau lu tak percaya, esok lu tengok suratkabar..1st jackpot keluar nombor ni..5434. Masa tu baru lu tau gua ni bukan hantu sebarangan, gua memang betul betul berhantu!"

"Tapi bro? gua tak main benda.." Belum sempat gua menghabiskan ayat ayat gua, hantu tersebut terus menyampuk.

"Aaa..no no no? Jangan cakap macam tu please? Gua tamaw dengar alasan ya? ok gua chow!" Lalu lembaga tersebut terbang menuju ke arah Manchester, tempat tempat penyokong syaitan berkumpul.

Badan gua terketar ketar, gua pulas trotle motor gua sehingga penghabisan. Gua tak sempat pun makan steamboat yang gua beli dari penjaja mirip Natasha Hudson tu. Pada masa tu, gua terpaksa hantar mesej untuk membatalkan hasrat gua melepak di Kusi Meroh. Gua terus tidur.

Hari ini...

Gua belek belek surat khabar bahagian keputusan nombor ekor, gua tengok..

1st prize - 9998. Celaka punya lembaga.

Dan ya, dah memang jadi tugas syaitan untuk menyesatkan manusia. Tetapi disebabkan kesempitan hidup dan hilang punca akal fikiran, gua juga masih hairan mengapa masih ada yang taksub dengan nombor ekoq sampai sanggup memuja setan. Celaka punya setan. Tak pasal pasal gua kena cancel melepak semalam.




11 November, 2010

Kegusaran Pemikiran Berjambul 2

Berikut adalah luahan hati Mat Yumno (Bukan nama sebenar) kepada gua berkenaan Kegusaran Pemikiran Berjambul yang dicetuskan oleh Botak Chin.



Gua sebenarnya dah lama dihimpit dengan kata kata kesat dan caci maki dari Botak Chin. BODOH? SIAL? GAMPIT? HARAM JADAH? Gua dah biasa dengan semua tu. Tetapi gua tetap cool. Gua lihat, Botak Chin memang agak sensitif dan agresif tentang hal hal berkaitan dengan bolasepak terutamanya melibatkan kelab syaitan terbesar di dunia, Manchester United. Gua memang dah agak dia bukannya seorang penyokong biasa, pada pandangan gua, dia adalah seorang pengganas bolasepak ataupun dalam Bahasa Inggerisnya dikenali sebagai Hooligan.

Gua pandang, gua jeling jeling dan gua terus memerhati. Gua dapati..

Botak Chin memang mengamalkan konsep kegananasan bolasepak dalam dunia maya melalui perantara utamanya, Facebook. Botak Chin secara terang terangan menyatakan kebenciannya terhadap pasukan lain selain daripada pasukan Syaitan kesayangannya. Ah? Lu berani kutuk syaitan? Lu berani kutuk Alex Feguson? Gua berani jamin lu takkan hidup lama. Paling kurang pun sempat juga 3 kali Jumaat. Hari seterusnya? Gua tak tahu. Alex Feguson diibaratkan seperti bapa, dan dia sebagai Wayne Rooney. Begitulah kecintaan Botak Chin terhadap Manchester United.

Tetapi itu hanya di alam maya. Luaran? Terus terang gua cakap, penampilannya tampak ganas, pedang disisi, pisau di genggaman, tetapi dalam hati siapa yang tahu? Setelah kejadian dua wanita di maki hamun dalam Facebook disebabkan berlakunya sedikit kesilapan KECIL dalam bidang bergurau senda, barulah gua tahu yang Botak Chin mempunyai hati yang lembut seperti tisu. Malah jika tuala wanita itu lembut dan nipis seperti  tisu, maka kita boleh andaikan hati Botak Chin begitu juga. Hanya kerana sedikit kesilapan, kedua dua wanita tersebut dimaki hamun dengan kejam oleh Botak Chin.

Perkataan seperti BODOH, BONGOK menjadi taruhan Botak Chin semasa memaki hamun wanita wanita yang lemah itu. Dan beliau juga sempat menyelitkan beberapa dialog ala-ala pemikiran kasta dan konsep kelas atasan/bawahan tajaan Nyonya Mansor dalam filem Ibu Mertuaku. “Korang kelas atasan, aku kelas bawahan, tak layak berkawan dengan korang!”  Gua sendiri pun tak faham apakah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh beliau. Adakah beliau ingin menyatakan kepada gua dan juga kepada segelintir rakan rakan gua yang masih tak bekerja ni sebagai kelas atasan? Bodoh? ataupun apa?  Atau mungkin juga secara sinisnya beliau ingin menunjukkan kepada kami yang beliau sememangnya bodoh dan batil kerana berfikiran sedemikian sedangkan kami tidak pernah meminggirkan beliau. Gua tak tahu.

Hari ini tanpa usul periksa, gua dimaki lagi buat kesekian kalinya. Gua hanya mampu berdiam diri.

Mujurlah ada saudara Mohar Jantan yang masih pandai menjaga hati kawan kawannya termasuk gua. Gua gembira kerana disebalik kekalutan yang berlaku, Mohar Jantan dan rakan rakan di JKKK Kusi Meroh masih ada dan sedia mendengar masalah gua. Mohar, terus terang cakap, lu memang pandai menjaga hati gua. Oh ya Mohar,





Mintak rokok sebatang...

*******

Atas sebab keselamatan, gambar si pengadu terpaksa dikaburkan


08 November, 2010

Kegusaran Pemikiran Berjambul

Isu sensitif yang melibatkan hal ehwal perkaumanan, bahasa dan hak istimewa atau apa sahaja yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara Malaysia difahami umum sebagai satu warta yang telah dipersetujui. Apabila kita berbicara mengenai persetujuan, tentu sekali pembentukan awal sama ada dari segi draf dan implementasinya dicapai secara muafakat oleh pemimpin terdahulu dan sewajarnnya tidak perlu dipersoalkan. Dewasa ini, kecenderungan beberapa pihak untuk cuba mempertikaikan perkara perkara yang termaktub dalam perlembagaan Negara dilihat sebagai satu cubaan menghapuskan nilai dan prinsip yang telah dipersetujui secara bersama lebih setengah dekad. Ok, pendahuluan macam gampang ni takde kaitan pun.

Botak Chin merupakan seorang kakitangan di sebuah syarikat perbadanan awam milik legasi Tun Abdul Razak ,iaitu seorang negarawan Negara yang juga Perdana Menteri Kedua. Perlu difahami secara literalnya disini bahawa Botak Chin dalam frasa pertama tadi bukanlah merujuk kepada nama sebenar, ia sekadar nama samaran. Sebagai seorang pekerja di syarikat yang terkenal, Botak Chin lebih suka merendah diri, bermuka ganas di luaran tetapi berhati  tisu seperti tisu jenama Kennex. Dalam lenggok dialek urbannya, harap muka je ganas tapi hati mak aii..lembut persis tisu babe! Waklu.

Setelah beberapa bulan memerhatikan tingkah, kaedah serta gaya berkomunikasi yang digunakan oleh Botak Chin, ternyata penulis agak gusar juga dengan perkembangan yang beliau sendiri corakkan. Pemikirannya yang menganggap terdapat kasta dalam kalangan rakan rakan yang beliau sendiri gauli menampakkan satu kejahilan minda yang perlu dibuang jauh-jauh. Lantaran semangat bola yang sungguh kuat dan sentimen ‘merendah diri tak tentu hala’ yang sangat mendebarkhuatirkan itu, penulis telah menerima beberapa aduan dari rakan rakan sama ada lelaki mahupun wanita tentang kegusaran mereka untuk berkawan dengan Botak Chin.

Ada sesetengah daripada mereka menyatakan bahawa mereka telah dimaki dengan kejam tanpa belas kasihan hanya kerana tersilap bergurau. Sedangkan menurut mereka, perkara yang diguraukan itu adalah kecil dan tidak melibatkan hal ehwal menganjing nama mak bapak apatah lagi nama nenek sebelah kakak ipar yang beliau kasihi. Justeru, mereka menganggap bahawa Botak Chin adalah individu yang terlalu sensitif dan tidak kental hatinya seperti Omar Alias. Penulis yang berasa takut pada saat menulis artikel ini telah mengambil keputusan untuk tidur terlebih dahulu kerana bimbangkan keselamatannya terancam. Maka naratif artikel ini tidak akan lengkap sekiranya tidak bersambung. Ye dak? Jadi? Bersambunglah.

Bersambung..

Botak Chin yang sebenar : Eh, tak botak pun?

05 November, 2010

Lapo ni Lapo!

Hujan masih belum teduh. Lalu Gua menjenguk ke luar rumah, bumi masih basah dan tanah sedikit becak. Gua yang baru bangun tidur lepas pulang sembahyang Jumaat berasa sungguh lapar. Dan yang pasti perut Gua sudah mula memutarkan lagu lagu dari koleksi cd : Lelaki bersuara emas Volume 2 yang turut menampilkan Salim Iklim.

Gua pergi ke dapur untuk mencari secebis nasi dan harapan. Tapi harapan tinggal harapan, nasi dalam periuk tinggal sejemput. Hajat nak buat nasi goreng tak tercapai. Gua semakin lemah, tiada bertenaga lagi. Lalu gua merangkak mencari biskut keping untuk buat alas perut. Mujurlah masih ada 198 keping lagi biskut, gua makan dengan tertib sambil meminum air teh o. Kenyang juga rupanya. Gua rasa bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk memakan biskut walaupun sedikit.

Gua patah balik masuk ke dalam bilik untuk mencari sekotak racun berjenama Winston. Ya, kotaknya masih ada di atas meja komputer. Gua bukak kotak racun tu, gua tengok KOSONG. sebatang racun pun tiada. Tak silap gua sebelum ke masjid tadi masih ada sebatang. gua hairan.

"Waklu!" tiba tiba gua dengar suara parau yang datang dari luar bilik.

Gua jengah ke luar..dan..ya..seperti yang gua sangka. 

Gua tengok gemok tengah berbaring sambil isap rokok. Ada dua tiga balang maruku disebelahnya. Kurang ajar punya kucing. Jenis mintak rokok tak beritahu tuan ni memang buat gua lapor semula!.

01 November, 2010

Siri bercakap dengan Jin

Jam 10 pagi, 31/10/2010

"Wahai Anuar, dan janganlah kamu melakukan perkara perkara yang membazirkan waktu mudamu. Pada malam ini, Marilah kita bersama sama pergi ke pesta konvo. Meraikan kejayaanku sambil mencuci mata. Maka bertebaran lah kamu di bumi UUM ini.." Titah Bram kepada gua.

"Nak pergi pukul berapa? Kalau boleh kita tidur dulu la, penat sungguh." Ketika itu jam gua menunjukkan jam 10 pagi.

"Hmm..right..right.. Malam ni kita gerak pukul 9, makan malam sekali!"  Bram bersetuju dengan cadangan gua. Rooney hanya mengangguk tanpa banyak soal.

Jam 1205 pagi, 1/11/2010

"Wahai Anuar, dan janganlah kamu terasa hati dengan sikap dan perbuatan Bram itu. Kelak kamu sendiri tidak akan beroleh manfaat!" Rooney menasihati gua yang masih kelihatan sebak.

Gua tengok Bram masih kekal tidur dari pagi tadi. Tak bangun bangun! Sungguh! Lu memang Penunggu UUM. A+ gua kasi ke lu! 2 Jari atah Pale!